Saturday, January 22, 2011

Bila Hati Sudah Jauh

Assalamualaikum

Rasanya sudah lama tidak menitiskan kata-kata di sini. Kehidupan sebagai pelajar menjadi kekangan untuk menghadap blog dalam tempoh sebulan ini. 
Tiada apa yang nak diceritakan, kerana kebanyakkan cerita lebih banyak duka berbanding suka, lebih banyak membosankan berbanding kegembiraan Apa yang ada di kotak fikiran tika ini hanyalah ahli keluarga yang jauh dari mata tapi tersangatlah dekat dihati dan fikiran. Kerinduaan terhadap mereka tidak mampu diungkapkan oleh kata-kata. Hanya hati yang dapat merasai. Begitu perit rasanya menanggung rindu ini.
Semester ini rasanya saya terlebih 'homesick'. Saya sendiri tidak tahu kenapa. Percepatkanlah waktu agar saya dapat pulang ke pangkuan mereka pada minggu hadapan dengan kadar segera. 
Buat masa ini  masih menyesuaikan diri dengan kehidupan pelajar 'part 2' yang agak serabut. Berbagai ragam 'lecturer' yang kadang kala tidak mampu untuk menghadap beliau setiap hari. 
Ya Allah permuidahkanlah jalan hamba-Mu ini spanjang berada di sini. Doa dan sokongan kalian amatlah di harapkan.
Sekian saja untuk edisi kali ini. Jangan tanya kenapa ayat-ayat di atas apabila anda baca anda nak termuntah. Jiwang sedikit bukan? Ha itu lah perasaan saya tau x.......

Ok lah selamat tinggal.
Mulakan hari-hari anda dengan senyuman walaupun kadang-kadang ia tidaklah semanis buah epal.
Salam.. take care.. :)

1 comment:

hans said...

yups
senyum lah pada bila2 masa pun kerana ia mempengaruhi hidup kita

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen