Wednesday, December 22, 2010

Sekadar Singgah Seketika

Assalamualaikum

Perghh!!!! Sudah lama tidak menjenguk diari saya ini. Buat sekian kalinya saya terlupa tentang blog saya ini dan dibiarkan sepi untuk masa yang lama. Nak kata sibuk tu memang tipu berbeno sebab tak p mana-mana pun. Dok umah je kerjanya. Memang malas sebenarnya nak update. Tak ada entri yang best pon untuk dikongsi.

 Erm tak lama lagi dah nak balik U, aduh,duh,duh sangat malas. Sungguh malas gila tahap gaban nak packing balik semua barang. Itulah dia kalau dah bercuti terlebih lama macam cuti bersalin. Virus malas dah bersarang, tapi nak buat macam mana tuntutan sebagai seorang pelajar harus dipatuhi. Demi mempunyai masa depan yang cerah dan terang benderang harusah sabar menempuh segalanya. Walawei ayat kau mira..haha

Dalam waktu berdiam diri ni sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan "mereka". Sebab itu saya menghilangkan diri. Sebenarnya tiap-tiap hari dok ngadap lappy ni tapi layan tengok "mereka". Tak tau kenapa boleh jatuh cinta dengan "mereka", tiba-tiba je. "Mereka" ini datang dari Korea..haha Tapi tak beberapa popular ot dekat Tanah Melayu, band baru. Saya ini bukan peminat tegar artis-artis atau pun penyanyi tapi sekali dah suka memang layan sungguh-sungguh. Korang jangan tanya saya minat artis mana sebab memang tak ada, lau ada pon mungkin Lisa Surihani sorang je kot.Bukan tak layan dunia hiburan tapi memang jarang@tak tengok tv, hanya dengar lagu-lagu je. Silap haribulan tuan punya lagu pon saya tak kenal..haha sangat kesian.

Okaylah, dah tak tau nak merepek apa-apa..
Tunggu je lah lau ada berita baru ye..hehe

P/S: Takziah buat mangsa-mangsa kemalangan bas ekspres dekat CH tu.

Wednesday, December 8, 2010

Hari Bersejarah Encik Mohamad Faizul Sadri

Assalamualaikum readers.. :)
Gembira saya dapt menaip lagi..hehe

Hari Jumaat dan Sabtu lepas saya bersama dengan keluarga saya telah menjelajah sekitar negeri-negeri di Timur tanah air. Bunyi macam pergi buat konvoi..haha
Sebenarnya kami telah pergi ke negeri penyu tu, negeri mana lagi kalau bukan negeri Terengganu. Abang saya si Encik Faizul itu ada majlis konvokasyen dia, so kami pon pergi untuk meraikannya. Tapi tak semua yang pergi,
nah amek tengok muka-muka yang pergi:

Si En.Konvo aka En.Faizul

Mama & Abah
Photographer x berbayar aka Si Kak Cik

Si Comel & Si Hensem
Hazmin & Haikal




Ha itulah ahli-ahlinya, si uda tak dapat ikut sebab dia ada tusyen untuk kertas akaun, si nazmi pergi rombongan Maha dan kak ngah tengah berpraktikal dengan jayanya di Kuantan..haha

Okay kami bertolak ke Dungun pada pukul 8 lebih-lebih sedikit. Isi minyak kat petronas terus blah p Dungun. Singgah sekejap dekat Pekan Bandar Diraja sebab mama nak pergi tandas.
Dan seterusnya teruskan perjalanan.
Keadaan jalan raya yang lancar memudahkan perjalan kami.
Disebabkan abang saya ni syok sangat memandu pastu dengan keadan jalan yang dah di naik taraf. Dengan rasa teruja nya beliau boleh main-main. Buat pusingan U sebanyak 2 kali kerana ingat dah salah jalan..haha
Tepat pukul 2 pagi kami sampai ke UiTM Kampus Dungun Terengganu.
Pergh memang best sangat.
Check in bilik dan terus tidur.

.........

Keesokan paginya bangun pagi pergi ikut abang cari sarapan. Niat di hati cari nasi kerabu tapi semua kedai nasi kerabu tutp. Pergh sian abah tak dapat makan. Hanya beli nasi lemak dan nasi dagang je.
Pastu pergi amek jubah konvo beliau dekat Cik Alya kawan satu kos dengan dia. Kak Alya memang comel..hehe dan terus balik ke bilik bersarapan kami bersama di dalam bilik.

Sebut pasal bilik, kami check in kat kolej UiTM ni yang baru saje siap di bina.
Pergh bilik untuk 4 orang memang superb. Tak sama macam bilik 4 orang yang lama. Lagi besar dan istimewa.

Si hensem & Si comel

adik ngintai akak sebelah bilik ekh?
Sapa yang jadi student uitm tau macam mana bilik 4 orang. Yang baru ni siap ada BALKONI der!! Saya gila teruja..haha Tengok dalam gambar itu. Bagi yang dok tingkat 3 atau 2 korang tak payah susah p turun sampai bawah nak sidai baju. Bukak je pintu balkoni sidai lah segala benda korang nak sidai. Sidai diri sendiri pon boleh. Yang paling saya suka dengan uitm Dungun ni tau apa? Dia terletak depan PANTAI!! Sumpah saya paling suka lepak tepi pantai. Macam berada di pusat peranginan. Bangun pagi-pagi terus menghadap pantai. Gila syok!! 
Nak tau masa saya nak pilih universiti dalam kotak fikiran cuma da UiTM DUNGUN. Sumpah tak tipu!! Saya nak sangat belajar kat sini. Mungkin sebab suka sangat dengan pantai dan masa sekolah dulu pon sekolah saya depan pantai. Angan-angan melayang ditiup bayu pantai. Saya telah ditempatkan asal nya di UiTM Kampus Bandaraya dekat Larkin, seminggu lepas itu saya pindah UiTM Segamat sebab lagi selesa dekat Segamat. Tapi dalam hati UiTM Dungun tetap bertakhta di hati. Tapi tetap bersyukur sekurang-kurangnya saya masih diberi kesempatan ditempatkan di UiTM sedangkan kat luar sana masih ada pelajar yang gagal yang mana mereka ada yang lebih layak sebenarnya.

Okay habis cerita angan-anagn nak masuk UiTM Dungun.Majlis encik konvo mula pukul 12.30 jadi lepas sarap,baca surat khabar, tido sekejap, borak-borak kosong kol 11 kami dah siap-siap nak pergi dewan besar.
Nak amek tengok gambar kami bersiap:

sweat loh plak tengok

Abah pon nak konvo..hehe


Segak lah "dady"..hehe

encik konvo cuba kot dia,
sian kena bebel sebab kot itu nampak singkat di  mata abah



memang suka buat memek muka yang lain daripada yang lain

kad jemputan masuk dewan umtuk abah dan mama

u look great in that "jubah"

gggeegaarrr..haha
Seronok plak tengok encik konvo gayakan jubah beliau. Bila plak masa saya akan tiba ya?? 2 tahun setengah  lagi lah nampaknya..hehe
Okay dah siap-siap semua. 
Abah berbaju batik dan mama biasa-biasa saje pukul 12 berapa ntah kami keluar dalam bilik bergerak ke dewan sarjana kot tempat majlis itu. Tak ingat! Tengah jalan amek gambar abah dan mama

Nyawa saya selamanya
Kami berkumpul di apakah nama tempat tak tau lah. Jumpa dengan kawan-kawan kelas beliau yang memang gila kamera. Pantang di sua ada saje yang berposing. Tapi saya tidak amek banyak. Kami satu keluarga pun tak lepaskan kesempatan amek gambar. Boleh dikatakan keluarga saya gila gambar. Amek tatap puas-puas jangan mandrem dah lah..haha

Perasan tak muka si hensem MASAM MENCUKA??
Angin tak baik sebab baru lepas kena marah, ha buat hal lagi kan dah kena!!huhu

Okay abang siap sedia pakai jubah untuk amek gambar dengan "saing-saing" die dan kami juga!

mama dan abah bangga!

si hensem buat manja dia dengan saya!
si comel buat hal sendiri..haha

saya nak amek gambar jugak..huhu

sahabat baik dia, Encik Ijam

Kawan-kawan masa diploma

suma cun-cun dan hansom-hansom.
Sebenarnya da lagi dua kumbang encik din tolong amek gambar , encik adi hilang p mana ntah
Buat Kak Yin dan Kak Ina maaf sebab tak tegur. Sumpah Mira malu dan segan sangat-sangat! Harap lepas ni dapat jumpa lagi dan kita amek gambar sama-sama ye..haha
Okay dah puas amek,tangkap dan curi gambar mereka berkumpul kat mana ntah, mama dan abah masuk dewan saya yang tak di undang masuk dewan duduk diam-diam dekat luar jaga si abang dan si adik.
Masa jaga dua orang hero saya ni si adik merajuk pulak. Sumpah penat nak pujuk. Nasib baik jumpa "nenek" dan "mak cik" yang sudi layan diorang. Diorang sebenarnya muada lagi tapi diorang cakap diorang nenek dan mak cik..haha

Masa terus berlalu, selesai penyampaian Diploma abang mama dan abah keluar dari dewan lebih awal sebab mama sakit perut dan abah kesejukkan.
Wei saya nak tanya ni.
Memang setiap dewan kat mana-mana UiTM ni penghawa dingin dia tak boleh nak slowkan ke dia punye suhu??
Bapak sejuk tau tak!! Mereka yang dok 30 minit pon dah rase nak beku, sayang 3 jam ni lagi mau tak beku. Tolonglah slowkan ye..
Tolong sangat-sangat. 

tepat jam 4 kot majlis selesai. abang keluar dari dewan terus amek gambar lagi.

Tahniah Along!!
I'm proud with you!!

dengan keluarga.
muka mama sedikit masam sebab mama tengah sakit perut sangat-sangat. masuk angin katanya.

Pada hari itu saya menjadi orang yang sangat sibuk.
Photographer, tukang angkat barang abang yang beg purple itu dan juga angkat plastik makanan budak 2 orang itu.
Hantu makan adik-adik saya ni tau tak!!

Ha ni lah encik din.
along : hello ijam aku dengan family aku nak balik dah ni.


Okay sampai disini saja lah. Entri kali ini adalah entri terpanjang dalam sejarang karangan saya di blog ini. Sumpah sangat panjang. 
Kepada Along, tahniah sebab akhirnya abang dapat pegang segulung diploma. Bangga tau. Selamat kembali menjadi pelajar di UiTM Shah Alam.
Kepada kawan-kawan beliau juga.

This post is dedicated to my lovely brother
Mohamad Faizul Bin Sadri
Dip. In Tourism Management
UiTM Kampus Dungun
Pukul 5 lebih kami terus bertolak pulang ke Mersing, Johor.
Keadaan hujan lebat dari Dungun ke Kuantan menyukarkan perjalanan kami.
Kami sempat singgah di Beserah untuk mengalas perut yang dah lapar kebuluran dan selesai makan terus ke Kuantan untuk berjumpa dengan Kak Ngah saya.
Ha lagi sekali main-main atas jalan raya.Punyalah payah nak cari rumah sewa akak saya itu. Dia sendiri tak ingat, akhirnya dapat jugak.
pastu terus balik Mersing.
Nak tau lagi sekali abang pergi main-main buat pusingan U dekat jalan yang sama masa mula-mula pergi.
Excited tau x!!haha
Mungkin sebab jalan baru itu yang boleh hilang arah sket.
Tapi lepas itu dah jumpa jalan balik.
Kol 1 lebih smpai rumah terus tudo...ZZzzzzzz


Penat dah tulis.
Sekian..

P/S: nebes result dah nak keluar

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah, 1432 Masihi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Diam tak diam kita bakal melangkah ke tahun Islam yang baru. 
Seperti biasa ada azam kan,kan,kan??hehe
Normal benda itu selalu di buat setiap kali masuk tahun baru. Bermacam jenis azam ada.
Buat diri saya sendiri jarang sebenarnya buat azam. Sekadar mengingatkan diri sendiri setapak lagi terus melangkah dalam dunia yang bakal lenyap ini kelak. 
Kesedaran terhadap kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan harus di hadapi dengan tabah dan sabar. Tiada siapa yang terkecuali daripada menerima ujian dari yang Maha Esa. 

Kecekalan dalam diri individu menjadi tonggak menghadapi semua itu.
Buat pembaca sekalian jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam dan berazam untuk menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini.
 Kita sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi kelak di masa hadapan.
Perancangan yang di atur tidak selalu mencapai tujuan. Semuanya diatas tangan Dia Yang Maha Kuasa. 
Sentiasa berdoa agar diri kita dilindungi oleh Dia.

Kepada umat Islam, di mana-mana pun kita berada berdirilah anda di atas landasan yang diredhai-Nya. Titipkanlah rasa syukur kita terhadap-Nya kerana pada hari ini kita masih boleh bernafas dan masih lagi boleh melangkah ke tahun Islam yang baru. Hayatilah setiap perjuangan Rasullah kita pada masa lampau. Penghijrahan baginda di jadikan pedoman dalam hidup agar sentiasa tidak tergelincir dari landasan yang benar.

 Apabila memasuki tahun baru dirikanlah azam yang benar-benar untuk di capai. Yang dapat memberi kita manfaat di dunia mahu pun di akhirat. Dunia bukanlah milik kita. Jangan hanya berasa seronok di atas muka bumi ini sedangkan sudah sedia maklum satu hari nanti akan lenyaplah dunia ini bila tiba masanya kelak.
Berhijrahlah kita ke arah satu kehidupan yang lebih baik dan berguna. Manfaatkan umur kita selagi mampu dan tidak mensia-siakan nya. 
Akhir kata selamat melangkah ke tahun Islam yang baru dengan azam yang baru..hehe


Sekian, wasalam..

Sunday, December 5, 2010

Sepi Sendiri Disini

Tajuk memang tak boleh blah..haha
Sudah seminggu blog ini sunyi sepi kerana tidak di update.
Bakal menyusul akan datang beberapa entri baru.

Jangan dilupakan ye, wahai kawan-kawan "result" dah nak kuar 10/12/10 ni, 
"nebes" asenye..haha
Doakan kami supaya dapat keputusan yang baik.



wei moga kelas kita dapat keputusan yg "baguih"..hehe
amin..


Jumpa lagi..hehe
Wasalam.. :)