Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah, 1432 Masihi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Diam tak diam kita bakal melangkah ke tahun Islam yang baru. 
Seperti biasa ada azam kan,kan,kan??hehe
Normal benda itu selalu di buat setiap kali masuk tahun baru. Bermacam jenis azam ada.
Buat diri saya sendiri jarang sebenarnya buat azam. Sekadar mengingatkan diri sendiri setapak lagi terus melangkah dalam dunia yang bakal lenyap ini kelak. 
Kesedaran terhadap kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan harus di hadapi dengan tabah dan sabar. Tiada siapa yang terkecuali daripada menerima ujian dari yang Maha Esa. 

Kecekalan dalam diri individu menjadi tonggak menghadapi semua itu.
Buat pembaca sekalian jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam dan berazam untuk menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini.
 Kita sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi kelak di masa hadapan.
Perancangan yang di atur tidak selalu mencapai tujuan. Semuanya diatas tangan Dia Yang Maha Kuasa. 
Sentiasa berdoa agar diri kita dilindungi oleh Dia.

Kepada umat Islam, di mana-mana pun kita berada berdirilah anda di atas landasan yang diredhai-Nya. Titipkanlah rasa syukur kita terhadap-Nya kerana pada hari ini kita masih boleh bernafas dan masih lagi boleh melangkah ke tahun Islam yang baru. Hayatilah setiap perjuangan Rasullah kita pada masa lampau. Penghijrahan baginda di jadikan pedoman dalam hidup agar sentiasa tidak tergelincir dari landasan yang benar.

 Apabila memasuki tahun baru dirikanlah azam yang benar-benar untuk di capai. Yang dapat memberi kita manfaat di dunia mahu pun di akhirat. Dunia bukanlah milik kita. Jangan hanya berasa seronok di atas muka bumi ini sedangkan sudah sedia maklum satu hari nanti akan lenyaplah dunia ini bila tiba masanya kelak.
Berhijrahlah kita ke arah satu kehidupan yang lebih baik dan berguna. Manfaatkan umur kita selagi mampu dan tidak mensia-siakan nya. 
Akhir kata selamat melangkah ke tahun Islam yang baru dengan azam yang baru..hehe


Sekian, wasalam..