Saturday, November 27, 2010

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Dunia Pencinta Gambar..

Anda kenal Photographer?
Tapi itu bukan lah saya..hehe
Menjadi seorang photographer bukanlah cita-cita saya. Berundur sedikit masa untuk mengimbau kembali di masa zaman budak hingusan dulu, teringat kembali kalau dulu hanya ada 3 cita-cita je yang 
selalu di sebut-sebut iaitu Polis, Cikgu n Akauntan. 
Tapi itu dulu-dulu punya cita-cita, rasa kelakar pon ade,
sebab setiap kali cikgu tanya x penah jawab yang lain,
3 tu je lah yang ada dalam kotak fikiran ni.
Tapi semua cita-cita tu xtau lah dapat 
di realisasikan ke x satu hari nanti..
Masok U amek kos akaun. 
Agak-agak tercapai x salah 
satu daripada cita-cita kat atas 2?

Menjadi seorang photographer bukanlah cita-cita saya, 
tapi ia lebih kepada hobi di masa lapang. 
Cinta pandang pertama terhadap dunia photography ini bermula apabila melihat abang 
saya sendiri terlibat dengan dunia gambar-gambar ni. 
Tengok dia edit semua gambar-gambar 
dia nampak cantik sangat.
Pastu mula lah ikut-ikut die edit gambar.
Die edit gambar semua gune Adobe Photoshop.
Ape kejadahnya bende 2 pon saya x tau.
Ah balun aje asal kan ade perubahan sket dari gambar asal, kadang-kadang rasa x ade perubahan pon ade..haha

Mule-mule memang xtau, 
pastu dah godek sana godek sini 
si adobe 2 pandailah sket..hehe
Tapi masih x hebat macam abang sampailah sekarang.
Sebabnya sungguh malas nak belajar, sangat rumit sebenarnya, kena banyakkan kesabaran dan selalu berlatih.
Tetapi amat lah malas rasa dihati ini
 untuk turn on computer..haha
Jadi sampai sekarang just pandai edit yang biasa-biasa je..
As long is nice for me..kehkeh 

Dalam dunia photography ni dah banyak 
orang cipta nama dan buat duit. 
Lau sebut pasal dunia ni je dah
 bersepah-sepah Photographer dalam Malaysia.
Sama ada untuk majlis perkahwinan, majlis rasmi, outdoor photographer, freelancer photographer dan banyak lagi lah sebenarnya. Sampai x terkira oleh kalkulator..


Dalam banyak-banyak photographer kat dalam Malaysia ni. saya tertarik dengan yang 2 ini..

KUKUBESI MANIPULASI
ni website diorang..

diorang sangatlah berseni jiwa dan raga mereka.
Suka sangat-sangat tengok gambar yang diorang edit dan macam-macam lagi lah..
Paling suke mase diorang shoot pre wedding angkasawan negara, waduh cantik sangat-sangat..
Rasa nak suwoh diorang masa wedding saya nanti..
dalam diam-diam mira sudah jauh berangan..hehe
Lau nak tengok gambar-gambar 2, korang klik je kat link yang di atas 2, memang superb tak pon dekat FB diorang pon ada..


CST PRODUCTION
ha nah website diorang..

korang boleh direct p kat link diatas tengok website diorang, kat FB pon ade..
CST ni lebih kepada shoot untuk wedding, diorang buat video dari sebelum kahwin sampai dah kahwin untuk mana-mana pasangan.
Tapi mungkin ade shoot untuk event lain.
Paling saya suka bila tengok die wat video kahwin Haziq and Nurul..
dalam air kot..hehe sweet sangat..
rase nak buat mase kita kawin nanti.. hai dah naik birah dah dak ni berangan sal kahwing..hakhak
pape nak tau pasal mereka klik saja link di atas..



Ha itu lah produksi2 photography kegemaran saya, hok yang kukubesi itu keminatan abang saya,
die pon ade berguru dengan kukubesi sket2..

Bagi saya cukuplah menjadi photographer terhadap diri sendiri,
kepuasan itu ada dan walaupun mungkin xsehebat mereka diatas dan orang lain saya masih mampu tersenyum.
:) senyuman ni ikhlas taw.


Nah ade hidangan gambar untuk anda:


original

selepas di edit

original

ha dah edit punya..

Bermain dengan sedikit warna dan filter..
Gambar di crop, untuk nampak lagi cun, cun lah sangat..
Memang kurang terbaik dari kebun,
tapi bagi guer ok lah tuh..hehe

Sebelum cuti sem dah plan dengan kawan-kawan nak buat shooting sekitar tempat-tempat yang cantik kat Mersing ni..
tapi satu pon x jalan,
sedap sangat duduk rumah, 
makan itu makan ini,
buat itu buat ini,
guling sane guling sini,
tido sane tido sini
maka semua perancangan masih x nampak hasilnya..haha
mungkin dilain tarikh dan masa..
memberi masa terhadap diri sendiri 
bemalas-malasan dan bermanja-manjaan serta bergedik-gedikan bersama keluarga tercinta..


Jika plan itu berjalan akan dipapar kan di lain post ye.. 

Ok jumpa lagi,
wasalam.. :)





Wednesday, November 24, 2010

Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak

Assalamualaikum
Salam Satu Malaysia.

Tajuk di atas sudah semestinya sudah diketahui akan apa yang bakal ditulis oleh saya pada entri kali ini.
Ya! Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak.
Anda semua sudah sedia maklum akan kempen yang sudah lama dijalankan ini.
Kali ini mari kita sertai kempen
"STOP CHILD ABUSE"

unicef

Jika anda lihat pada hari ini,
statistik peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak semakin meningkat.
Hampir setiap hari ada saja kes yang melibatkan kanak-kanak.
Hal ini termasuklah,

Penderaan
Penculikan
Gangguan Seksual
Pembunuhan

Hentikanlah segera semua keganasan di atas.

Kanak-kanak tidak berdosa untuk diperlakukan sebegitu rupa.
Kanak-kanak yang ada pada hari ini akan menjadi pewaris kepada generasi akan datang kelak.
 Mereka bakal menggantikan tampuk pemerintahan dan meneruskan segala apa kejayaan yang telah dicapai oleh kita pada hari ini.
Berilah kanak-kanak peluang untuk hidup bebas dan melalui keseronokan hidup dunia sebagai seorang kanak-kanak.
Berilah mereka merasai peluang untuk hidup di dunia walaupun kita tidak pasti bila ajal akan menjemput tiba.

Ayuhlah
 Satu Rakyat Malaysia
dengan Satu Suara
bersama-sama kita memberi sepenuh keyakinan dan sokongan
Hentikanlah Keganasan Terhadap Kanak-Kanak.
Pelindungan terhadap kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama.

apa saya nak jadi bila dah besar nanti ye?

siapa kacau kami, 
kami silat mereka nanti.
Ingat kami takut ke?

Sekian.








Tuesday, November 23, 2010

Adibah Amin

Assalamualaikum..

Sape kenal nama yang diatas itu?
hah kamu yang di depan lap top itu, sila jawab..
Lalu dia jawab,
erm mungkin orang yang tidak saya kenali..
memang jawapan yang sangat hampeh..

Okay-okay saya bagitau ye,
tapi bagi tengok gambar ni mesti terus korang ingat
ha nah amek


Ha masih ingatkah anda kepada beliau??
Ya betol-betol Cikgu Bedah dalam cerita Adik Manja.
Cerita tersebut sangatlah kelakar,
memang pecah perut tengok beliau berlakon.
Sangat-sangat lah menjadi.

Tetapi amatlah sedih apabila saya terbaca tentang kisahnya di FB,
beliau telah diserang stroke pada Ogos 2007,
dan ketika ini tidak mampu untuk menjalankan aktiviti penulisannya..
Ini saya dapat dari FB nya,
sila ke link di bawah untuk menjenguk profile beliau..


untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila klik link website di bawah ini


Doa saya buat beliau,
semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat beliau,
semoga cepat sembuh dan boleh kembali menjalankan aktiviti penulisan beliau..
Sama-samalah kita doakan..

Sekian, Wasalam..
:)