Saturday, April 16, 2011

money can't buy us happiness

I will miss all this moment until the end of my breath. 
Semester 2 akan berakhir tidak lama lagi, terima kasih kepada kalian kerana menceriakan hidup saya walaupun saya bukanlah orang yang mampu buat kalian tersenyum. 
Sayang kalian ketat-ketat <3 


the day when we cooked together

the day when i realize that i will never have a friends like ur guys.. <3

the day when we meet bung..hehe

the day when we screamed together

the day when we ate together like a big family without our hero benten..haha

the day when we share our happy moment 

All the day above, i kept it in my special diary forever. No one can erase it because your guys are so mean to me. 

Special thanks to :

Not forget to :
PUDIN
NAZMI

Love your guys :D

Saturday, April 9, 2011

Kerinduan + Keterujaan + Keinginan

Asslamualaikum..

trang,teng,tung tung tung.. kaparappppppppppppppppppp
haha apakah itu?

Itu adalah jampi serapah di mana hajat saya ketika ini ialah,
"andai ku punya pintu ke mana saja akan ku gunakan untul balik ke rumah ketika ini"

siapa ada berani mahu kabulkan hajat saya sekarang juga? 
haha mustahil lah kan, tak pa lah tak ada rezeki nak balik, baru sebulan lebih kot x balik,
owh WHAT!!! sebulan xbalik boleh kata okay? wei dah naik gila dah ni sebab rindu  dah tahap apa ntah, xtau nak ukur macam mana tahapnye.. 

Abah dan Mama yang sentiasa berada di akaun kotak fikiran dan peti simpanan hati tanpa pernah jemu mengenang dan merindui mereka.

abang, akak dan adik-adik yang sangat rindu untuk melihat dan mendengar celoteh mereka.


Saya Nak Balik! Saya Nak Balik! Saya Nak Balik!

ok sebenarnya minggu depan ri Sabtu dah mula minggu belajar..haha kelakar plak bila terjemahkan 'study week' ke bahasa ibunda :)
okay masa itu saya akan balik rumah, dah mula teruja ni, lame kot x balik..hehe
tapi bila balik nanti adakah saya akan belajar?
owh harap-harap ye?hehe


Ok selamat malam dunia,
kelopak mata sudah tidak mampu bertahan untul mencelikkan mata ketika ini apabila bantal dan katil asyik merayu memanggil..

Hingga berjumpa lagi :)


Saturday, March 5, 2011

Hanya Hati Yang Mampu Berbicara Ketika Ini

Assalamualaikum

Menyepi tidak bermakna sudah melupakan tempat tumpahnya isi hati saya ini. SIBUK? Ya memang betol saya terlalu sibuk dengan kehidupan saya sekarang ini. Dah hampir sebulan tidak dapat menatap wajah bonda dan ayahanda. Bukan tidak mahu tetapi kekangan masa tidak menizinkan saya pulang. RINDU? terlalu amat merindu mereka, hingga satu saat tiada lagi kekuatan hanya tangisan yang menjadi peneman setia di saat hati ini merintih ingin menatap wajah mereka. mereka yang sangat saya cinta dan sayang.

Rasa-rasanya semester kali ini terasa agak berat. Masalah datang dan pergi, setakat ini diri masih boleh bertahan dan melawan. alhamdullilah kekuatan itu sentiasa hadir bersama disaat menghadapi ujian. Semoga allah mengurniakan kesenangan di saat menghadapi ujian dari Mu ya Allah.

Jari-jemari terpaksa menghentikan gerak tarinya di atas papan kekunci ini. Semoga ketemu lagi.. :)


lonesome in segamat
kak cik rindu mak dan abah sangat-sangat <3

Saturday, January 22, 2011

Bila Hati Sudah Jauh

Assalamualaikum

Rasanya sudah lama tidak menitiskan kata-kata di sini. Kehidupan sebagai pelajar menjadi kekangan untuk menghadap blog dalam tempoh sebulan ini. 
Tiada apa yang nak diceritakan, kerana kebanyakkan cerita lebih banyak duka berbanding suka, lebih banyak membosankan berbanding kegembiraan Apa yang ada di kotak fikiran tika ini hanyalah ahli keluarga yang jauh dari mata tapi tersangatlah dekat dihati dan fikiran. Kerinduaan terhadap mereka tidak mampu diungkapkan oleh kata-kata. Hanya hati yang dapat merasai. Begitu perit rasanya menanggung rindu ini.
Semester ini rasanya saya terlebih 'homesick'. Saya sendiri tidak tahu kenapa. Percepatkanlah waktu agar saya dapat pulang ke pangkuan mereka pada minggu hadapan dengan kadar segera. 
Buat masa ini  masih menyesuaikan diri dengan kehidupan pelajar 'part 2' yang agak serabut. Berbagai ragam 'lecturer' yang kadang kala tidak mampu untuk menghadap beliau setiap hari. 
Ya Allah permuidahkanlah jalan hamba-Mu ini spanjang berada di sini. Doa dan sokongan kalian amatlah di harapkan.
Sekian saja untuk edisi kali ini. Jangan tanya kenapa ayat-ayat di atas apabila anda baca anda nak termuntah. Jiwang sedikit bukan? Ha itu lah perasaan saya tau x.......

Ok lah selamat tinggal.
Mulakan hari-hari anda dengan senyuman walaupun kadang-kadang ia tidaklah semanis buah epal.
Salam.. take care.. :)